6 Mac 2018 - 17:38
Lebih 30 Terbunuh Pesawat Rusia Jatuh Di Syria

Sebuah pesawat pengangkut Rusia terhempas ketika mendarat di pangkalan udara Hmeimim di Syria, mengorbankan kesemua 32 penumpang termasuk anak kapal, menurut kenyataan kementerian pertahanan yang disiarkan agensi berita RIA Novosti.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah pesawat pengangkut Rusia terhempas ketika mendarat di pangkalan udara Hmeimim di Syria, mengorbankan kesemua 32 penumpang termasuk anak kapal, menurut kenyataan kementerian pertahanan yang disiarkan agensi berita RIA Novosti.

Terdapat 26 penumpang dan enam anak kapal dalam pesawat malang tersebut, kata kementerian itu.

"Maklumat awal mengenai punca kemalangan adalah disebabkan isu teknikal," kata kementerian itu sambil menambah pesawat berkenaan tidak terbakar. - AFP